Program Sambutan Eidul Adha 1430H




PROGRAM SAMBUTAN EIDUL ADHA 1430H

PERINGKAT UNIKL ROYAL COLLEGE OF MEDICINE PERAK

DENGAN KERJASAMA ISLAMIC STUDENT CLUB.


TARIKH

29 NOVEMBER 2009/12 ZULHILJAH 1430H

MASA
8.30 am - 12.00 pm

TEMPAT

UniKL Royal College of Medicine Perak.


Semua dijemput hadir beramai-ramai bagi bergotong royong melakukan ibadat sembelihan. Daging akan diagih agihkan kepada semua hadir,InsyaALLAH.

لَنْ يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلا دِمَاؤُهَا وَلَكِنْ يَنَالُهُ التَّقْوَى مِنْكُمْ كَذَلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِين

"daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi Yang sampai kepadanya ialah amal Yang ikhlas Yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan Yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang Yang berusaha supaya baik amalnya." al Hajj 37

Kepada yang berminat untuk hadir ke program ini, boleh lah memberi nama kepada Saudara Zainul Abidin untuk memudahkan urusan.

Saudara Zainul Abidin boleh dihubungi di talian : 013 4451353

Enlighment, Edisi Ke 15,Dzulka'edah 1430

Al-Quran dan Sains

dengan nama ALLAH yg maha Pemurah lagi maha Pengasih

nahmwaduhu wanusallai a'la rasulilhilkareem...

selesai solat asar. saya melihat jam kian menjelang 5.45ptg."eh, petang ni ade ziarah, assignment blum buat lgi..." saya bermonolog.memikirkan assignment usrah yg telah ditaklifkan oleh naqib pada minggu yg lalu. gara2 menangguh kerja masih belum berbuat apa2. namun sesal kemudian tiada guna nya. mlm itu juga saya perlu membentangkan assignment tersebut.dgn tajuk ALQURAN dan SAINS. tanpa berfikir panjang, saya menggunakan segala kemudahan yg ada utk mnyelesaikannya. terima kasih ya ALLAH atas segalanya.

jadi inilah hasil pencarian saya tapi saya yakin, ini hanya lah setitis dari seluruh lautan. masih byk lagi sebenarnya. benar2 membangun jiwa.inshaALLAH.

1.MAWAR DILANGIT


"maka apabila langit telah berbelah dan menjadi merah mawar seperti (kilauan) minyak. maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan"[arRahman55:37-38]

Ayat ini membuktikan mengenai kewujudan awan atau gas yg terbentuk dilangit yang kelihatan seperti bunga mawar.subhanALLAH.


2.THE DEEP SEA

"atau (keadaan org2 kafir) seperti gelap gulita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh gelombang, di atasnya ada (lagi) awan gelap. itulah gelap gulita yg berlapis-lapis. apabila dia mengeluarkan tangannya hampir tidak ada yang melihatnya. barangsiapa tidak diberi cahaya (petunjuk) oleh ALLAH, maka dia tidak mempunyai cahaya sedikit pun"[anNur24:40]

para "oceanography" telah mendapati bahawa terdapat satu lapisan yg sangat dalam wujud di dalam laut di dunia ini. lapisan tersebut dinamakan "the deep sea"(lautan dalam). lapisan dalam tersebut sgt gelap. setiap hidupan yg hidup dalam lapisan tersebut tidak mempunyai mata. sebagai ganti, ALLAH telah mengurniakan mereka dengan organ deria elektromagnetik utk mereka mencari makanan dan mengesan musuh. dan ayat di atas telah menerangkan fakta ttg kejadian ini.


(antara hidupan yg wujud di "lautan dalam"(deep sea).ikan ini di gelar flashlight fish yg mempunya bioluminescence organ iaitu organ yg membantu hidupan ini melihat dan mengesan dgn bntuan cahaya)


dan dalam ayat yg lain, juga telah menceritakan fakta yg telah di temui oleh para "oceanography" ini, tentang pembahagian laut. menurut kajian mereka, laut ini terbahagi mengikut 3 aspek, 1.ketumpatan, 2. kemasinan, 3.suhu. dan menurut mereka lagi, laut terbahagi melalui ke 3-3 aspek ini mengikut keadaan lokasinya. dan dalam AlQuran telah menyebut dengan ringkas ttg pembahagian laut mengikut batas2 tertentu.

"Dia membiarkan dua laut mengalir yg (kemudian) keduanya bertemu() Di antara keduanya ada batas yg tidak dilampaui oleh masing2"[arRahman55:19-22]

subhanALLAH!

3.PAIN RECEPTOR (SKIN)

"sungguh,org2 yg kafir terhadap ayat2 kami, kelak akan kami masukkan ke dalam neraka. setiap kali kulit mereka hangus,kami ganti dgn kulit yg lain, agar mereka merasakan azab. Sungguh ALLAH maha Perkasa, maha Bijaksana"[anNisa4:56]

daripada ayt ini, jelas skali ALLAH memberitahu manusia, tentang kewujudan "pain receptor"(penerima rasa sakit) pada kulit. Ayat "agar mereka merasakan azab" itu sgt jelas menyatakan bahawa pada kulit, terdapatnya "pain receptor" yg memberi rasa sakit kpada makhluk yg mmpunyai kulit.subhanALLAH!

4.BUMI DAN LANGIT BERASAL DARI ASAP

menurut saintis dalam kajian abad ini, langit dan bumi berasal dari 1 kepulan asap yg satu. kemudian terpisah menjadi langit dan bumi. dan ini sebnarnya telah pun diberitahu pada 1400 thun dahulu melalui Rasulullah saw dalam AlQuran.

"kemudian Dia menuju ke langit dan (langit) itu masih beupa asap, lalu Dia berfirman kepadanya dan kepada bumi, "Datanglah kamu berdua menurut perintah-Ku dengan patuh atau terpaksa." Keduanya menjawab, "kami datang dengan patuh."[Fussilat41:11]

"dan apakah org2 kafir tidak megetahui bahawa langit dan bumi keduanya dahulu menyatu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya; dan Kami jadikan segala sesuatu yg hidup berasal dari air;maka mengapa mereka tidak beriman?"[Anbiya'21;30]

subhanALLAH!

5.TEKANAN GAS OKSIGEN

Dalam subjek sains di sekolah, kita pernah mempelajari tentang kenapa kita semakin susah bernafas bila kita berada semakin jauh dari bumi dan dekat dgn langit.ianya kerana tekanan oksigen yg semakin rendah di atas langit membuatkan kita menjadi sukar utk bernafas.dan ini juga telah termaktub di dalam ALQuran.

"Barangsiapa dikehendak ALLAH akan mendapat hidayah (petunjuk), Dia akan membukakan dadanya mutk (menerima) Islam, Dan barangsiapa dikehendaki-Nya menjadi sesat, Dia jadikan dadanya sempit dan sesak, seakan2 dia (sedang) mendaki ke langit. Demikianlah Allah menimpakan siksa kepada org2 yg tidak beriman"[alAn'am6:125]
subhanALLAH!

6. KEJADIAN MANUSIA

peringkat kejadian manusia yg di temui para saintis juga telah pun di sebut dalam AlQuran.

"wahai manusia, jika kamu meragukan (hari) kebangkitan, maka sesungguhnya kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setitis air mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yg sempurna kejadiannya dan yg tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu;dan Kami tetapkan dalam rahim menurut kehendak Kami sampai waktu yg sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian dengan (beransur2) kamu sampai kepada usia dewasa, dan diantara kamu ada yg diwafatkan dan (ada pula)di antara kamu yg dikembalikan sampai usia sangat tua (pikun), sehingga dia tidak megetahui lagi sesuatu yg telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudiannya apabila telah Kami turunkan air (hujan) di atasnya hiduplah bumi itu dan menjadi suburdan menumbuhkan berbagai jenis pasangan tumbuh2an yg indah" [alHajj22:5]

subhanALLAH!

7. TEKNOLOGI PENGANGKUTAN

bukan sekadar sains shj di ceritakan dalam alQuran, teknologi juga menjadi isi alQuran itu sendiri.

"dan (Dia telah menciptakan) kuda, baghal, dan keldai, untuk kamu tunggangi dan (menjadi) perhiasan. Allah telah menciptakan apa yg tidak kamu ketahui"[anNahl16:8]

dari ayat tersebut ALLAH telah menyebut ttg teknologi pengangkutan yg wujud pada zaman dahulu dan akan datang kenderaan yg belum manusia tahu pada ketika itu yakni sekarang. wujudnya pelbagai jenis kenderaan yg hakikatnya ALLAH telah jadikan. alQuran juga mengajar kita bagaimana utk mensyukuri pemberian kenderaan yg telah ALLAH kurniakan.

"agar kamu duduk di atas punggungnya kemudian kamu ingat nikmat Tuhanmu apabila kamu duduk di atasnya; dan agar kamu mengucapkan, "Mahasuci (ALLAH) yg telah menundukkan semua ini bagi kami, padahal kami sebelumnyatidak mampu menguasainya, () dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami."[azZukhruf43:13-14]

subhanALLAH!

berikut adalah sumber2 yg saya gunakan

1.AlQuran kareem
2.http://hikmatun.wordpress.com/
3.http://www.miraclesofthequran.com/scientific_index.html
4.http://www.harunyahya.com/malaysian/keajaiban.php
5.http://pkukmweb.ukm.my/~nazl/SAINSDANALQURAN.html

moga ALLAH memberi kekuatan kepada anda saya dan ummah seluruhnya utk beramal dan moga dilimpahkan petunjuk, hidayah serta inayahNYA.amin
wallahu'alam.


Nampak Kuat Agama Tapi Masuk Neraka


Untuk membuat penilaian yang seimbang atau kesimpulan yang adil bukanlah mudah. Dalam kehidupan ini ramai orang selalu membuat kesimpulan daripada penampilan atau faktor luaran yang mereka lihat semata. Penilaian yang seimbang atau kesimpulan yang adil berbeza dengan sangkaan baik. Umpamanya, apabila kita melihat mereka yang kuat bersolat, atau berpuasa maka sudah pasti kita wajar bersangka baik terhadapnya.

Namun dalam masa yang sama kita tidak akan membuat kesimpulan bahawa dia adalah pasti ahli syurga, atau pasti orang yang kuat berpegang dengan agama, atau seorang yang soleh. Ini kerana solat dan puasa memanglah amalan yang baik dalam Islam, tetapi Islam bukan sahaja berkaitan soal solat dan puasa, sebaliknya Islam merangkumi pelbagai sudut kehidupan.

Jika dia kuat solat dan puasa, tetapi dalam masa yang sama kuat memaki dan mencerca orang, atau menderhakai ibubapanya, atau tidak amanah, atau menzalimi orang lain dan seumpamanya, maka dia bukannya orang yang soleh dalam ertikata sebenar dalam Islam.

Tidakkah kita selalu membaca hadis:

“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).

Pendusta Agama

Dalam hadis lain Nabi s.a.w menceritakan tentang akhir zaman ada para pembaca al-Quran kerana hendak dapat untung. Ini dapat kita lihat dalam negara kita mereka yang memakai ‘pakaian agama’ dan mengutip wang daripada orangramai kononnya kerana hendak membuat penghantaran pahala kepada si mati.

Mereka membuat untung yang besar saban tahun atas nama al-Quran dan orang menganggap mereka melakukan kebaikan sedangkan Nabi s.a.w menyindir perbuatan ini dengan sabdanya:


“Bacalah al-Quran dan mintalah daripada Allah (pahala), kerana selepas kamu akan ada kaum yang membaca al-Quran dan meminta (upah) daripada manusia” (Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).

Dalam sejarah ramai mereka yang menampil watak ‘agama’ tetapi sebenarnya penjenayah agama. Antara yang terkenal ialah Abu ‘Ismah Nuh bin Abi Maryam yang mencipta hadis-hadis dusta kononnya kerana ingin mendapat pahala dengan diadakan hadis-hadis fadilat itu dan ini khususnya tentang surah-surah al-Quran.

Dia digelar Nuh al-Jami’ bermaksud Nuh yang menghimpunkan. Ini kerana dia menghimpunkan ilmu daripada berbagai tokoh-tokoh besar. Namun al-Hafiz Ibn Hibban menyatakan: “dia menghimpunkan segalanya, kecuali cakap benar”. (lihat: al-Sayuti, Tadrib al-Rawi, 185, Beirut: Dar al-Fikr).

Pada zahirnya, dia tokoh agamawan namun pada hakikatnya dia sebenarnya pendusta agama. Bukan sedikit orang yang sepertinya dalam sejarah pengumpulan hadis. Kata seorang tokoh pengkaji hadis, Dr. Hammam Sa`id:

“Telah zahir golongan ahli ibadat, zuhud dan nussak (penumpu penuh ibadah). Kejahilan dan kebodohan mereka telah membawa mereka mencipta hadis-hadis palsu dalam fadhilat-fadhilat amal, fadhilat surah-surah al-Quran dan solat-solat sunat, untuk menggalakkan orang ramai beramal. Seperti juga mereka mencipta hadis-hadis palsu dalam menakut orang ramai terhadap maksiat. Mereka menyangka mereka telah membela Islam. Golongan yang jahil ini tidak tahu bahawa pendustaan ke atas RasululLah s.a.w boleh menurunkan mereka ke dalam tingkatan-tingkatan yang paling bawah dalam neraka jahannam” (Hammam `Abd al-Rahim Sa`id, Al-Tamhid fi `Ulum al-Hadith, m.s. 140, Jordan: Dar al-Furqan).

Ini kerana tindakan mereka telah menipu atas nama Nabi s.a.w dan merubah wajah asal agama. Jika dilihat atau dinilai pada zahir ibadah dan pakaian mereka, tentu kita menyangka mereka golongan yang soleh, tetapi di sisi agama mereka adalah para pendusta yang termasuk dalam sabda Nabi s.a.w:

“Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Khawarij

Dalam sejarah pertelingkahan umat Islam kelompok yang paling kuat dan awal menggunakan isu agama untuk mengkafirkan orang Islam yang lain ialah Puak Khawarij.

Kelompok ini Nabi s.a.w sifatkan seperti berikut:

“..Seseorang kamu akan merasa lekeh solatnya dibandingkan solat mereka, merasa lekeh puasanya dibandingkan puasa mereka. Mereka membaca al-Quran, namun al-Quran itu tidak melebih halkum mereka. Mereka tersasar keluar dari agama seperti anak panah tersasar dari sasarannya..” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Inilah Khawarij yang kelihatan hebat dalam ibadah dan pidato agama mereka dengan menggunakan nas-nas al-Quran. Mereka mengkafirkan orang Islam yang melakukan maksiat, juga mengkafirkan orang Islam yang tidak mengikut kumpulan mereka.

Puak Khawarij ini mengangkat slogan: “Tidak ada hukum melainkan hukum Allah”. Slogan yang kelihatannya berteraskan al-Quran, tetapi dengan tujuan yang buruk. Kata Saidina Saidina ‘Ali bin Abi Talib kepada mereka: “Satu slogan yang benar, tetapi dengan tujuan yang batil”. (Al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, 304/10, Beirut: Dar al-Kutub al-’Ilmiyyah).

Dengan slogan al-Quran “Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah maka mereka itu orang-orang yang kafir” (Surah al-Maidah, ayat 44), maka mereka melancarkan kempen mengkafirkan dan memerangi orang Islam. Atas andaian yang tipis maka dengan mudah seseorang dijatuhkan hukuman murtad dan kafir.

Hasilnya, pertumpahan yang dahsyat berlaku pada zaman pemerintahan Saidiyyida ‘Ali bin ‘Abi Talib. Selepas zaman ‘Ali pun, pemikiran Khawarij meresap ke dalam berbagai kumpulan dan organisasi. Hasilnya, kita mendengar isu kafir mengkafir muncul di pelbagai zaman dan tempat di seluruh pelusuk dunia Islam.

Pada zahirnya puak ini berwajah agama, namun pada hakikatnya Nabi s.a.w menyebut tentang mereka:

“Mereka itu berucap dengan ucapan sebaik-baik makhluk. Mereka tersasar keluar dari Islam seperti anak panah tersasar dari sasarannya. Iman mereka tidak melebihi halkum mereka. Di mana sahaja kamu temui mereka maka bunuhlah mereka kerana sesungguhnya membunuh mereka itu ada pahala pada Hari Kiamat” (Riwayat al-Bukhari).

Demikian getirnya kelompok ini. Sekalipun dengan ungkapan dan nas agama di mulut mereka, namun Nabi s.a.w memerintahkan agar pemerintah Islam membunuh mereka kerana mereka mengkafirkan bahkan sesetengah kelompok mereka seperti al-Azraqiyah membunuh orang Islam, anak kecil dan wanita yang tidak mengikut kumpulan atau jamaah mereka.

Dengan ini menyedarkan kita semua, di samping kita bersangka baik kepada golongan yang menzahirkan ciri-ciri agama, kita sayangkan mereka dan menghormati mereka, namun kita juga mestilah berhati-hati dengan tindakan setiap individu dan kumpulan.

Janganlah penampilan zahir menyebabkan kita membuta mata atau memandulkan akal dari membuat penilaian yang matang dan seimbang. Apa yang baik kita kata baik, apa yang salah tetap dinilai salah tanpa mengira dari mana dan siapa kesalahan itu datang. Namun jika golongan tertentu menzahirkan ciri-ciri agama dan memegang prinsip agama dalam seluruh perjalanan mereka, maka merekalah golongan yang kita cinta dan kita bela dengan sepenuhnya.


The Guidance Edisi Syawal.


Template by - Syakur Ibrahim | Islam Teras Kehidupan